Kitorang sebenarnya pergi dalam group yg besar, lebih kurang dalam 23pax (termasuk mak budak, bapak budak, dan budak2).. Tapi schedule flight semua tak sama sebab biasa la kan, nak dapat murah kena ambik je apa yg ada.. Disebab kan aku kat JB, so lebih senang aku amik flight dr Changi Airport, Singapore jer.. Tak kuasa mak nak terjah sampai ke KL, buang masa, buang duit.. So kami berlima la masa ni, aku, bf aku, boy, sue and anak diorang, Aaron.. si budak TOYONG.!
Kami bertolak dari JB ke Singapore dalam pukul 4.00P.M, takot jammed, so better gerak awal kan...klau missed flight saje je melalak kan..hahaha so sampai kat airport masa tu lebih kurang dalam pukul 4.45 petang,.. Yer la Singapore ngan JB ni bukan nyer jauh sangat pon, lagi pulak masa tu hari isnin langsung x sesak pon jalan.. Sampai sana dah tak tau nak buat apa, jadi kiotrang tunggu jer la kat airport tu.. Bayangkan la cam mana excitednya masa tu, flight pukul 9.05pm tapi kitorang sampai awal gile kat Changi Airport tu.. Kesudahannya window shopping gak kat sini, geram je tengok barang2 kat duty free ni.. Tapi kena cekalkan hati kalau x, kat Bali nanti nganga jer tengok kawan2 shopping

Naik je flight, rasa kebulur plak, so aku dengan pantas order nasi lemak yg mahal tapi ciput jerk..Rasa boleh la, sekadar untuk alas perut. Lepas tu terus tidur..Hehehehe Sedar2 masa tu flight da nak mendarat..
Sampai je kat Ngurah Rai Airport, Denpasar masa tu dalam pukul 11.35 malam… waktu di Bali sama je ngan Malaysia. So tak payah la nak tukar jarum jam.. Hehehehe Bila sampai jer kami terus cari taxi then terus menghala ke Jl. Legian, tempat kami menginap. Aku agak sakit hati jugak la dengan driver taxi ni, dia suruh turun dekat simpan jalan nak masuk tu, dia kata hotel kitorang dekat je. Kesudahan nya terpaksa menapak..penat jugak sebab banyak bawak barang kan.! Hampeh punya taxi driver.! Membazir jerk bagi dia RP 100,000 untuk tambang.!
Kami menginap di Hotel budget je, memang sengaja pilih area Legian sbb kat situ best.. Kuar dari hotel terus nampak Boutique2 Surfing kat situ.. Ni la syurga bagi BF aku.. Apa yg dia nak semua ada kat sini.. Hehehe Btw, aku stay kat Hotel Sandat Inn II.. Hotel agak murah tapi view dia boleh la tahan... Harga untuk 1 malam kat situ RP150,000.. Tapi next time kalau nak g sana lagi, aku nak stay kat Agung Cottage plak.. Situ view di lagi best..
Malam tu aku tak gi mana2 sebab masa check in Hotel tu pon dah pukul 12.30.. Nak g shopping pon bnyak kedai da tutup.. Lepas mandi jer aku lepak berbual dengan anne n Kak Mas.. Diorang da sampai dulu.. So jadi malam tu aktiviti aku di Bali cuma dok melepak and berbual2 kosong jer dengan diorang kat hotel lepas tu terus tidur..
No comments:
Post a Comment